Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Sambutan Maulidur Rasul

YADIM Peduli: Sambutan Maulidur Rasul

YADIM Kelantan pada 1 Oktober menempuh perjalanan selama lebih lima jam dari Kota Bharu bagi menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Pelug, Pos Tuel, Gua Musang.
Meski kepenatan, namun ianya sangat berbaloi menyaksikan masyarakat Orang Asli yang diraikan mereka tersenyum berpuas hati dengan pengisian yang diberikan.
Seramai 350 orang penduduk kampung berkenaan dilibatkan YADIM Kelantan dalam program YADIM Peduli: Sambutan Maulidur Rasul yang antara aktiviti berlangsung termasuklah perarakan, kuiz, pertandingan selawat, cabutan bertuah serta jamuan rakyat.
Wakil Ketua Masyarakat Orang Asli, Yaakub Busu menyampaikan ucapan aluan sebelum Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang berucap.
Hadiah bagi pertandingan yang diadakan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.
Program ini turut mendapat kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia yang menaja 50 kilogram daging.
Meskipun disambut secara santai dan bersederhana, namun yang lebih penting ialah semangat dan penghayatan menyambut Maulidur Rasul oleh masyarakat Orang Asli berkenaan.
Dalam program ini, YADIM Kelantan turut meluangkan masa menziarahi Penghulu Azmi di Kampung Pelug yang kurang sihat.
Terdapat enam kampung di Pos Tuel yang perlu dilalui sebelum sampai ke Kampung Pelug iaitu Ber, Kerbuk, Poh, Grea, Hanir dan Tuel.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *