Home » Citra Yadim » Bantuan sekampit beras dari YADIM Utara

Bantuan sekampit beras dari YADIM Utara

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah mengadakan program Kempen Sekampit Beras pada bulan Ramadan baru-baru ini, sebagai usaha meringankan beban golongan kurang bernasib baik bagi menyambut Hari Raya.

Pengarah YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, biarpun program berkenaan nampak tidak signifikan bagi golongan yang berkemampuan tetapi bagi golongan tidak bernasib baik, nilai sekampit beras itu adalah sangat besar dan bermakna.

“Sememangnya, bagi kebanyakan orang apalah sangat nilai sekampit beras, tetapi bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah, bantuan sebegini amat-amat mereka hargai.

“YADIM berharap bantuan yang sedikit ini mampu sedikit sebanyak memberikan sinar kegembiraan kepada keluarga-keluarga berkenaan dalam menyambut hari lebaran,’’ katanya.

Beliau berkata program yang diadakan secara santai itu telah diadakan di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar dan telah turut disertai oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“YADIM amat berterima kasih dengan kehadiran Menteri Besar dalam program ini, lebih-lebih lagi beliau turut sudi bersama-sama dalam majlis iftar yang diadakan selepas itu,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *