Home » Citra Yadim » Bantuan untuk mangsa banjir Sabah

Bantuan untuk mangsa banjir Sabah

BEAUFORT – Dalam suasana negara bergelut dengan Covid-19 yang semakin teruk,  warga daerah ini diuji pula dengan musibah banjir.

Sejak enam hari lalu, penduduk di beberapa kampung di sini terputus hubungan dengan kawasan lain ekoran banjir yang melanda.

Cakna dengan keadaan ini, agensi agama Islam di negeri ini berganding bahu bersama rakan rakan jabatan di sini menyantuni penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Pada 22 Mei, sebanyak 400 beg beras 10 kilogram, 400 bakul makanan, lampin pakai buang, barangan kebersihan diri dan air diagihkan untuk lebih dua ribu penduduk di enam buah kampung yang terputus perhubungan.

Lori lapan tan milik Angkatan Pertahanan Awam dan sebuah lori sewa digunakan bagi tujuan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan,Yang Berhormat Tuan Haji Roslan Haji Muharam,  Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri, Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah Sarawak, Datin Hajah Nurlaila Said, Pengarah Tabung Haji Sabah, Tuan Haji Yusdi Nasip, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sabah, Samin Ongki dan Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun turun padang mengagihkan bantuan kepada penduduk dengan kerjasama penduduk kampung

Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara terus meningkat.

Setakat jam 8 pagi 23 Mei, seramai 4,832 mangsa daripada 1,326 keluarga kini berada di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Tenom dan daerah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *