Home » Citra Yadim » Baraan dan doa selamat SAY Kuala Langat

Baraan dan doa selamat SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Bagi masyarakat Jawa, amalan Baraan boleh dikatakan satu kewajipan ketika menyambut Aidilfitri.

Secara mudah, Baraan bermaksud ziarah atau kunjungan beramai-ramai yang merupakan warisan masyarakat Jawa.

Aidilfitri kali ini, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menghidupkan amalan berkenaan pada 7 Syawal (8 Mei) yang turut disertakan dengan majlis doa selamat.

Program ini diadakan di kediaman Pengerusi SAY Kuala Langat Hasmawi Mahidin di sini, disertai oleh ahli jawatankuasanya serta Muslimat Surau Haji Mansur.

Ia dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin.

Selesai program di rumah pengerusi SAY Kuala Langat, peserta baraan ini bergerak beramai-ramai ke rumah rumah ahli jawatankuasa SAY Kuala Langat yang lain.

Selain menyambut Aidilfitri, program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli ahli SAY Kuala Langat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *