Home » Citra Yadim » Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Iftar Perdana SRITI Tahfiz Al-Itqan

Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Iftar Perdana SRITI Tahfiz Al-Itqan

PAYA BESAR – YADIM Pahang telah dijemput untuk bersama menjayakan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Iftar Perdana Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI) Paya Besar di sini pada 29 April.

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok dalam ucapan perasmiannya menyentuh tentang kemuliaan Al-Quran, besarnya peranan para guru Al-Quran dan betapa beruntung para pelajar kerana dididik di dalam persekitaran Al-Quran.

Anak-anak kecil yang dibesarkan dalam lingkungan Al-Quran ini adalah masa depan Islam, ujar beliau.

Ustaz Mohamad Hazmi juga dijemput menyampaikan tazkirah dalam majlis ini.

Turut hadir ke program ini ialah Penasihat SRITI Paya Besar, Ustaz Mohd Fazli Mohd Noor dan Pengerusinya, Ustaz Muhammad Alif Zainuddin

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *