Home » Citra Yadim » BARANGAN Habis terjual, pembeli puas hati.

BARANGAN Habis terjual, pembeli puas hati.

Sebaik dibuka untuk jualan pada jam 10 pagi, orang ramai tidak henti henti mendapatkan pelbagai barangan keperluan mereka dalam Jualan Rakyat Penjawat Awam anjuran YADIM pada 9 Disember.

Ramai yang mengambil kesempatan memborong barangan seperti beras, telur, kicap, tepung, minyak dan pelbagai lagi.

Terpaksa berbaris panjang untuk membuat bayaran nampaknya tidak menjadi masalah untuk orang ramai yang berpusu pusu ke jualan ini.

Malah sebaik jualan disambung semula selepas solat Jumaat, pelanggan yang hadir didapati semakin bertambah!

Sebanyak 17 jenis barangan ditawarkan dengan potongan hingga 50 peratus. Ini merupakan kali kelima Jualan Rakyat dianjurkan YADIMart selepas di Masjid Putra, Seri Kembangan, Melaka dan Pahang.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Naim bin Haji Mokhtar yang sudi meluangkan masa merasmikan jualan ini.

Beliau juga menyempurnakan gimik menyerahkan jersi tajaan pasar raya YADIMart kepada YADIM FC, pasukan bola sepak badan dakwah ini serta beramah mesra dengan pelanggan yang hadir.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *