Home » Citra Yadim » ‘Cuti Sekolah Yang Bermakna’

‘Cuti Sekolah Yang Bermakna’

JASIN – Seramai 74 orang pelajar berumur 8 hingga 15 tahun mendaftar ke Kem Smart Huffaz 3.0. anjuran YADIM dan Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib di sini.

Ia turut mendapat kerjasama Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta Sukarelawan YADIM Merlimau.

Kem Smart Huffaz ini mempunyai objektif untuk antara lain melatih para peserta supaya mempunyai akhlak peribadi cemerlang, mengukuh serta memantapkan tahap pengetahuan berkenaan hukum serta tatacara solat yang betul dan persediaan serta langkah menghadapi cabaran masa kini.

Ia turut berhasrat memberi motivasi kepada para peserta untuk mencapai tahap pendidikan yang cemerlang pada masa hadapan.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Penyelaras Pejabat YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly. Hadir sama ialah Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mohd Hisham A Rahman.

Turut hadir ke masjlis perasmian adalah penaung madrasah, Tuan Haji Mohd Ali Abu Bakar dan Pengarah Program Kem Smart Huffaz 3.0 yang juga Setiausaha SAY Merlimau Melaka, Ustaz Abdullah Long.

Ibu Bapa peserta jelas teruja untuk menghantar anak-anak mereka apabila telah tiba seawal 2 Jam sebelum proses pendaftaran bermula untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlepas sebarang slot yang sudah dirangka oleh pihak urusetia.

Kem Smart Huffaz 3.0 yang direncanakan berlangsung dari 11 hingga 18 Disember 2022 ini akan diisi dengan bukan sahaja aktivitii dalam kelas umpamanya Klinik Tajwid dan Khatam Al Quran tetapi juga dengan aktiviti lasak seperti rock climbing.

Semoga semua yang direncanakan akan memberi manfaat untuk para peserta.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *