Home » Citra Yadim » Barokah Subuh di Surau PPR Kota Bharu

Barokah Subuh di Surau PPR Kota Bharu

KOTA BHARU – Sebagai usaha mengimarahkan masjid dan menarik jemaah menunaikan solat subuh berjemaah, YADIM Kelantan bersama Ahli Jawatankuasa Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kota Bharu  pada 25 Februari telah mengadakan program Barokah Subuh.

Antara pengisian program ini adalah  kuliah subuh khas selepas menunaikan solat fardu berkenaan secara berjemaah.

Ia telah disampaikan oleh Ustaz  Mohd Hazir  Che Hasim daripada Maahad Pengajian Islam Kota Bharu. Selesai kuliah Subuh, diadakan jamuan makan pagi bagi meraikan ahli jemaah yang hadir.

Bagi meraikan kanak-kanak yang turut hadir solat berjemaah, ahli jawatankuasa surau memberikan saguhati kepada setiap mereka yang hadir.

Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah Penolong Pengarahnya  Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir Ketua SAY Kota Bharu, Ustaz Raja Mohd Hakkam Raja Omar dan Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Sekreteriat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu Puan Nor Ilyani Inche Kamarudin.

Artikel Berkaitan

Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI

HULU LANGAT – Program Training of Trainers Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM telah berlangsung pada

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *