Home » Langit Terbuka » Isu Pertukaran Agama Akan Dibincangkan Bersama Mufti Dan Pakar – Idris Ahmad

Isu Pertukaran Agama Akan Dibincangkan Bersama Mufti Dan Pakar – Idris Ahmad

Tiga kanak-kanak iaitu sepasang kembar 14 tahun dan lelaki 10 tahun dilapor sah memeluk Islam

Taiping – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan rundingan meja bulat bersama para mufti dan pakar undang-undang bagi membincangkan isu syarat pertukaran agama yang hangat diperkatakan ketika ini.

Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan yang akan diadakan minggu depan itu juga akan melibatkan pakar akademik.

“Insyallah minggu depan saya akan buat perbincangan. Kita panggil pakar undang-undang, pensyarah dan mufti untuk cari penyelesaian,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Simpang, Taiping hari ini.

Ujar Idris, dalam tempoh tersebut semua pihak diminta tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh memecahkan pelbagai pihak.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas isu perbezaan agama seorang wanita Loh Siew Hong yang mendapat hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas ketiga-tiga anaknya yang beragama Islam pada Isnin lalu.

Ekoran keputusan mahkmah itu, banyak pihak mendesak pihak berkuasa agama di setiap negeri meminda syarat pertukaran agama.

Tiga kanak-kanak itu iaitu sepasang kembar 14 tahun dan lelaki 10 tahun dilapor sah memeluk Islam namun didakwa ditukar agama kepada Islam tanpa keizinan Loh sebagai ibu dan penjaga mereka. – AlHijrah Online

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *