Home » Langit Terbuka » Batuan Tengah Bukan Untuk Tujuan Ketenteraan

Batuan Tengah Bukan Untuk Tujuan Ketenteraan  

Menteri Pertahanan berkata Batuan Tengah adalah milik Malaysia dan kita boleh lakukan apa yang kita mahu tetapi bukan untuk tujuan ketenteraan

PUTRAJAYA – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung membangunkan Batuan Tengah menjadi sebuah pulau.

Dalam wawancara bersama Channel News Asia, beliau juga berkata, apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan Batuan Tengah, ia tidak akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Komen itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang pertimbangkan untuk memperluaskan Batuan Tengah dan membangunkannya menjadi ‘pulau kecil’.

“Mungkin kita boleh meletakkan pengawal di situ tetapi bukan untuk kapal perang atau apa sahaja.

“Apa yang jelas, itu adalah kawasan kita dan kita boleh lakukan apa yang kita mahu tetapi bukan untuk tujuan ketenteraan,” ujar Mohamad Sabu. – AGENSI

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *