Home » Langit Terbuka » Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

Kos menunaikan haji pada 2019 dan 2020 adalah RM22,900. - Foto Utusan Digital

KUALA LUMPUR – Bayaran yang akan ditanggung bakal jemaah haji bagi tahun ini masih belum ditetapkan walaupun kos mengerjakan haji meningkat kira-kira sembilan peratus, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, antara factor peningkatan kos it adalah berikutan caj cukai nilai tambah yang dinaikkan kerajaan Arab Saudi daripada lima peratus kepada 15 peratus pada Julai.

“Kos haji pada ketika ini, bukan bayaran haji (yang ditanggung bakal jemaah) dengan mengambil kira percukaian dan sebagainya adalah RM25,000 tetapi ini belum mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, penjarakan fizikal dan sebagainya yang mungkin memberi impak kepada kos.

“Pelaksanaan haji pada tahun ini belum mendapat kata putus daripada kerajaan Arab Saudi. Kita belum tetapkan lagi bayaran (haji) dan apabila sudah ada (keputusan) pelaksanaan haji pada tahun ini, kita akan umumkan bayaran haji,” katanya pada sidang media PraOperasi Musim Haji 1442H/2021 di sini pada 26 Mac.

Syed Saleh berkata kos haji pada 2019 dan 2020 adalah RM22,900.

Syed Saleh, yang juga Ketua Rombongan Haji, berkata bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran bagi menunaikan haji tahun lepas disaran mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19& dan diletakkan dalam senarai menunggu penerima vaksin.

“Kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melihat pelan imunisasi sedia ada dan mengambil kira keperluan bakal-bakal haji serta mengambil kira tempoh musim haji yang agak dekat,” katanya. – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *