Home » Citra Yadim » Masjid Alumni Limauan bukti pencapaian umat Islam Sabah

Masjid Alumni Limauan bukti pencapaian umat Islam Sabah

KIMANIS – Sebuah masjid baharu diberi nama Masjid Alumni Limauan bakal dibina di Kampung Andus Papar di sini yang menelan belanja RM5 juta.

Berucap pada majlis melancarkan Kempen Khairat/Infaq pembinaan masjid berkenaan pada 26 Mac, di lokasi pembinaannya, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif menyatakan komitmen serta sokongan kerajaan negeri bagi memastikan ia dapat direaliasasikan.

Beliau turut memuji inisiatif Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan ini yang bersungguh sungguh membina masjid berkenaan.

Pembinaan masjid ini akan menjadi satu bukti pencapaian umat Islam di Sabah terutamanya lagi di kawasan Kimanis.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengerusi Yayasan Limauan, Haji Samin Haji Ongki yang memaklumkan, bagi menyokong pembangunan dan perkembangan komuniti masjid berkenaan kelak, sebuah penempatan baru yang dikenali sebagai Desa Limauan akan dibangunkan berdekatan rumah ibadah ini.

Desa Limauan ujarnya, bakal terdiri daripada kediaman, rumah kedai dan kolej pendidikan yang bakal mengubah wajah Kampung Andus Papar menjadi lokasi tumpuan umum.

Tambahnya, lokasi pembinaan masjd ini yang terletak di tepi Lebuhraya Pan Borneo juga memberi kemudahan untuk musafir yang menggunakan lebuhraya itu untuk singgah beribadah.

Beliau mengambil kesempatan merayu pihak berkuasa, badan dan tokoh tokoh koporat, bank, syarikat berkaitan kerajaan dan orang perseorangan untuk menyumbang dana pembangunan masjid berkenaan sebagai saham akhirat.

Samin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid ini percaya orang ramai akan memanfaatkan kedatangan Ramadhan dengan menyumbang bagi tujuan ini.

Kata Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah ini lagi, jika dana terkumpul telah mencapai RM500 ribu, kerja pembinaan akan dimulakan sambil menunggu dana sumbangan seterusnya.

Di hari pelancaran kelmarin sebanyak RM 250 ribu telah terkumpul hasil sumbangan alumni Limauan, Syarikat Milik Alumni iaitu Hidayah Permai Construction, Ariffin Sudin Arkitek, Farmasi Aslam, Razak and Asssociates, Datuk Haji Mohd Arifin dan Cement Industries Sabah.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan untuk pembinaan masjid ini di akaun Bank Islam 1005 2010 1216 23.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *