Home » Langit Terbuka » Bedah katarak serendah RM103

Bedah katarak serendah RM103

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Hospital Selayang telah mencipta sejarah dengan kejayaan mewujudkan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang yang menawarkan kos pembedahan serendah RM103 berbanding kadar biasa lebih RM2,000.

Pembukaan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang yang mula beroperasi pada 16 Januari 2013 itu, telah sekaligus berjaya mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerajaan terutamanya Hospital Selayang sendiri.

Sebelum itu, Hospital Selayang merupakan tempat rujukan pesakit yang mengalami komplikasi mata termasuk katarak.

Peningkatan bilangan pesakit katarak menyebabkan tempoh menunggu semakin lama sehingga ada kes-kes tertentu memakan masa sehingga setahun.

Pesakit katarak memerlukan pembedahan bagi membuang dan mengantikan kanta mata baru.

Kos yang ditawarkan oleh Pusat Pembedahan Katarak MAIWP- Hospital Selayang adalah yang termurah berbanding di klinik swasta, yang menelan belanja sehingga RM8,000.

Pesakit KatarakPPKHMS mampu melakukan pembedahan katarak sehingga 30 kes sehari.

Keupayaan ini telah mengurangkan bilangan pesakit katarak yang menunggu dan juga telah mengurangkan masa menunggu untuk pembedahan daripada empat bulan kepada hanya dua minggu sahaja.

Usaha yang dilakukan ini adalah melalui agihan zakat sebanyak RM9.8 juta melibatkan aspek bantuan kesihatan kepada masyarakat asnaf.

Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang ini tidak jauh dari pasaraya TESCO Extra Selayang, Jalan Ipoh, Selayang.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi pusat ini di talian 03-6251 2393. – KISAH ZAKAT MALAYSIA

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *