Home » Langit Terbuka » Belanjawan 2020: Cadangan di laman web

Belanjawan 2020: Cadangan di laman web

Peluang memberi cadangan secara dalam talian itu adalah bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut terbabit mengemuka pandangan selaras dengan usaha kerajaan membina negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat. - Foto mysumber.com

PUTRAJAYA – Orang ramai dipelawa memberi cadangan bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman web khas, https://belanjawan2020.treasury.gov.my mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ini bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut terbabit mengemuka pandangan selaras dengan usaha kerajaan membina negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Justeru, rakyat boleh menggunakan pelbagai saluran untuk berkongsi input atau cadangan di laman web khas https://belanjawan2020.treasury.gov.my dan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini (8 Ogos).

Lim berkata, kerajaan menganjurkan Majlis Konsultasi Bajet iaitu forum utama untuk pelbagai pihak mewakili sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi menyumbang idea dan cadangan konstruktif untuk dipertimbang sebagai input dalam merangka strategi dan langkah berkaitan belanjawan.

“Beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan turut diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian bermula esok,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *