Home » Langit Terbuka » Belanjawan 2021 tumpu selamatkan nyawa, perkukuh ekonomi

Belanjawan 2021 tumpu selamatkan nyawa, perkukuh ekonomi

PUTRAJAYA, 2 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, March 2 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivering his special speech aired live on all television channels and social media platform tonight.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 akan memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat, selain memperkukuhkan ekonomi terjejas akibat penularan COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata belanjawan dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November depan, akan berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu memperkasakan rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi, di samping meneruskan sokongan kepada sektor kesihatan awam dan petugas barisan hadapan.

Katanya, ia membabitkan empat teras utama, antaranya memberi bantuan tambahan secara bersasar kepada golongan mudah terjejas dalam situasi negara dilanda pandemik ketika ini.

“Dalam tempoh COVID-19 melanda negara, sudah ramai terjejas. Walaupun sudah diumumkan pakej rangsangan berjumlah RM300 bilion sebelum ini, kita akan beri lagi bantuan dan sokongan kepada mereka dalam Belanjawan 2021.

“Teras kedua adalah memajukan ekonomi. Menerusi langkah pemulihan ekonomi, kita lihat beberapa sektor seperti peruncitan, pelancongan tempatan, pembuatan dan lain-lain mula meningkat, tapi mereka perlukan sokongan dan pelbagai lagi insentif.

“Ketiga adalah membolehkan kehidupan lestari. Kita akan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih kukuh supaya tidak ramai kelompok, misalnya B40, yang terjerumus ke paras kemiskinan.

“Teras keempat adalah memperkasakan penyampaian perkhidmatan, yang mana ia penting bagi memastikan segala inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya pada sidang media maya bersama beberapa wakil media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan, Belanjawan 2021 juga akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi yang dicapai negara melalui beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

“Hasrat saya adalah untuk menjadikan rakyat dan perniagaan dalam negara kita lebih berdaya tahan untuk menghadapi situasi yang masih tidak menentu akibat COVID-19 dan demi kemajuan negara kita,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *