Home » Langit Terbuka » Belanjawan 2025: Harap ada berita gembira buat guru KAFA

Belanjawan 2025: Harap ada berita gembira buat guru KAFA

Mohd. Na'im (tengah) hadir Majlis Penutup Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan di Maahad Al Mashoor Al Islami, Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap peruntukan untuk meningkatkan lagi kebajikan guru kelas Al-Quran dan fardhu ain (KAFA) akan ditambah dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,18 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin dengan pengorbanan guru-guru KAFA dalam memberikan pendidikan agama kepada kanak-kanak di seluruh negara.

“Seperti biasa, kita ada kemukakan cadangan untuk memberikan peruntukan tambahan kepada guru-guru KAFA ini dan pada masa yang sama juga, kementerian dan agensi lain juga mengemukakan cadangan bajet masing-masing.

“Jadi, kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk mengumumkan pada 18 Oktober ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke-9 2024 di Maahad Al Mashoor Al Islami, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Perak dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke-9, yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Sebelum ini, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2024.

Ia termasuk sumbangan khas yang ditambah menjadi RM700 kepada lebih 70,000 guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja di peringkat komuniti.

Menurut Mohd. Na’im, kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan guru-guru KAFA dan menghargai jasa dan peranan besar mereka. – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *