Home » Langit Terbuka » Penceramah tanpa tauliah berdepan tindakan undang-undang – Jawi

Penceramah tanpa tauliah berdepan tindakan undang-undang – Jawi

KUALA LUMPUR – Penceramah yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa tauliah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa agama itu tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan.

“Kami juga ingin mengingatkan semua pihak agar membuat permohonan dan mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi sebarang kegiatan pengajaran agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Ketetapan tersebut bertujuan menjaga maslahah umat Islam dari sebarang unsur kekeliruan dan meragukan dalam beragama,” menurut pihak berkuasa agama itu dalam kenyataan di laman X pada Ahad.

Terdahulu, Jawi digesa segera menyekat penganjuran satu majlis keagamaan didakwa tanpa tauliah yang dijadualkan berlangsung di sekitar Sentul, Kuala Lumpur pada Ahad.

Jawi mengulas lanjut berkata, isu tersebut telah pun berada di bawah pemantauan Jawi.

“Pasukan Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan siasatan bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 11, kesalahan Mengajar agama tanpa tauliah, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” ujar kenyataan.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *