Home » Citra Yadim » Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara

Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara

BUAT Julung kalinya YADIM mengumpulkan Rakan Siswa YADIM (RSY) di Zon Utara menerusi program YADIM Murabbi: Bengkel Pemantapan Modul Kem RSY Utara pada 7 dan 8 Julai.

Program ini adalah anjuran YADIM Kedah dan Perlis bersama YADIM Pulau Pinang bertempat di Damai Park Resort Merbok, Kedah. Program ini diadakan bertujuan membina dan memantapkan modul-modul yang dihasilkan untuk kegunaan program YADIM dan RSY akan datang selain mengeratkan ukhwah antara YADIM Negeri dan pimpinan RSY.

Ia berjaya mengumpulkan lebih 70 orang wakil daripada 13 pimpinan RSY terdiri daripada Majlis Pimpinan Negeri, Universiti, Politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) daripada pelbagai kampus di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Daie Muda YADIM (DMY) Anas Farhan Mohamad Salehuddin yang juga merupakan mantan pimpinan RSY Kedah bertindak selaku jurulatihdan dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri juga daripada mantan-mantan pimpinan RSY.

Turut hadir dalam majlis penutup adalah Pengarah YADIM Kedah & Perlis, Puan Hafsah Haji Husain, bersama Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *