Home » Citra Yadim » Dialog Silang Budaya Masjid Sultan Iskandar

Dialog Silang Budaya Masjid Sultan Iskandar

SERAMAI 63 orang dewasa 80 kanak – kanak berbangsa Tionghua menyertai Program Dialog Silang Budaya Membentuk Masyarakat Madani di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pada 8 Julai.

Mereka diberikan penerangan berkaitan Islam khususnya mengenai wuduk dan solat. selain ditunjukkan secara praktikal mengenainya.

Para pelawat ini juga dibawa melawat ruang utama solat masjid dan Islamic Information Centre yang mengandungi maklumat berkaitan dengan Islam.

Di akhir sesi lawatan pula, di adakan sesi soal jawab berkaitan Islam. Ceramah disampaikan oleh Profesor Dr Fatin Aliah Pang dari Universiti Teknologi Malaysia.

Program ini adalah anjuran bersama YADIM Johor, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Masjid Sultan Iskandar, PERKIM , ABIM, HIDAYAH CENTRE dan Parenthood Johor Bharu.

Masjid Sultan Iskandar sememangnya membuka pintunya untuk memberi penerangan mengenai Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat, yang kerap melibatkan kerjasama YADIM Johor.

Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah, Pengerusi MACMA Johor, Tuan Haji Saiful Choo Abdullah, Yang Dipertua ABIM Johor, Ustaz Farhan Ashaari serta Pengerusi Hidayah Centre Johor, Dr
Zulfikli Khair.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *