Home » Citra Yadim » Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

PUTRAJAYA: Bengkel Permunian Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat telah diadakan di Bilik Latihan YADIM pada 18 Mei 2023 bersama para penyelidik yang terdiri daripada pelbagai Institusi Awam/Swasta.

Bengkel ini diketuai oleh Prof Madya Dr. Mariam Binti Ab.Majid dari Universiti Islam Selangor (UIS).

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membuat penambahbaikan Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat yang sedia ada. Dalam bengkel ini juga, para penyelidik memperhalusi setiap isi kandungan tersebut.

Garis panduan ini adalah hasil daripada penyelidikan menggunakan  kaedah kualitatif.

Maklumbalas responden telah diperolehi daripada para aktivis  seperti agensi,badan bukan kerajaan(NGO), komuniti setempat dan lain-lain serta penglibatan aktivis dari luar negara antaranya Brunei, Kemboja dan Indonesia.

Di samping itu, buku Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat ini cadangannya akan dilancarkan pada 11 Ogos 2023 di UIS. Bengkel ini juga dihadiri oleh Pakar Bidang Khusus YADIM, Dr. Masitah Binti Esa.

Yang Dipertua, Datuk Hasanuddin Bin Mohd Yunus juga turut hadir bagi meraikan dan mengadakan suai kenal bersama para penyelidik ini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *