Home » Citra Yadim » Bengkel Pengkaderan Dai’e di Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa

Bengkel Pengkaderan Dai’e di Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa

GURUN –  Dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, telah berlangsung program Bengkel Pengkaderan Dai’e di Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa, di sini pada 16 Disember.

Bengkel ini berlangsung selama tujuh hari bermula 12 hingga 18 Disember. Seramai 50 orang peserta telah dipilih mewakili 6 buah sekolah menengah di Kedah.

Terdapat 16 slot ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Selain sesi ceramah, majlis perasmian ini juga diserikan dengan persembahan Qasidah yang telah disampaikan oleh para peserta bengkel.

Tazkirah dan perasmian bengkel disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di surau sekolah tersebut.

Turut bersama dalam majlis perasmian ialah Pengetua Sek Menengah Integrasi At Taqwa, Ustaz Abd Hadi Zahir, dan Setiausaha Majlis Huffaz, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah, Ustaz Md Shukri Sawai.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *