Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah IPD Kuala Muda
a

Bicara Dakwah IPD Kuala Muda

KUALA MUDA – Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus diisi dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat.

Pada 16 Disember dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA), telah berlangsung program Bicara Dakwah di Surau As Sakinah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.

Seramai 50 peserta dari kalangan pegawai dan anggota polis, petugas  awam dan isteri anggota dari IPD berkenaan menyertai program ini.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad yang bertindak selaku penceramah menyentuh mengenai pelbagai aspek kerja sebagai ibadah, kualiti kerja, etika kerja, syukur dengan pekerjaan, amanah dan kepentingan solat.

Para peserta yang hadir juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Hadir sama ke program ini ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitenden Anuar Abd Rahman, wakil BAKA, Ustazah Sharifah Azizan dan pegawai-pegawai bahagian.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *