Home » Citra Yadim » Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Krai

Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Krai

BENGKEL Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Krai telah berjaya diadakan di Dewan Terbuka dan Surau Annur, PRP Kuala Krai pada 31 Oktober.
Bengkel ini merupakan program anjuran Unit Agama Islam, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, hasil kerjasama dengan YADIM Kelantan di bawah kelolaan Unit Pemulihan PRP Kuala Krai, Kelantan.
Bengkel pengurusan jenazah ini telah disampaikan secara oleh penceramah jemputan, Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Al-Fadhil Ustaz Mohd Kashuadi Ab. Ghani, dihadapan 261 orang penghuni pusat beekenaan.
Penceramah telah menyentuh dan memberi pencerahan secara teori dan praktikal aspek memandikan jenazah, mengkafankan, menyembahyangkan serta mengebumikan jenazah di dalam liang lahad.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Hadir sama ialah Penguasa Penjara Ismawi Ismail selaku Ketua PRP Kuala Krai, Kelantan serta Ustazah Yusnita binti Yusof selaku Penolong Pengarah YADIM Kelantan.
Mudah-mudahan usaha ke arah memulih dan mentarbiyah para penghuni PRP Kuala Krai ini sentiasa dirahmati dan diberkatiNya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *