Home » Citra Yadim » Bengkel Pengurusan Open Journal System (OJS)

Bengkel Pengurusan Open Journal System (OJS)

TIGA Orang pegawai YADIM telah menghadiri Bengkel Pengurusan Open Journal System (OJS) pada 9 dan 10 Julai 2023 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Bengkel ini dikendalikan oleh Ketua Unit Jurnal, Penerbit UTM Press, Puan Hapizah Mohamad, bersama-sama fasilitator iaitu Puan Hairunnisa Yunos dan Encik Nor Azman Sukri.

Bengkel yang menerangkan proses kerja di dalam pengurusan MyJournal, MyCite dan Scopus ini disertai oleh Dr Masitah Esa, Encik Zamani Mohd Karulani dan Encik Mohamad Al Hanif Mah Hassan dari Unit Penyelidikan Dakwah YADIM.

Turut sama hadir menziarahi bengkel ini adalah Prof Dr Farahwahida Mohd Yusof  selaku Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh, Sains dan Teknologi dan Prof Madya Dr Siti Rahmah Awang, Pengarah Penerbit UTM Press.

Latihan ini adalah salah satu usaha bagi memantapkan pengurusan e-jurnal YADIM bagi memastikan pegawai berkaitan dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

Penganjuran bengkel ini adalah antara hasil daripada MOU YADIM – UTM sebagai rakan strategik yang  dimeterai pada 2020 lalu. Semoga dengan usaha ini perjalanan dan operasi dalam menjayakan e-jurnal ini berjalan lancar dan memberi manfaat untuk semua.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *