Home » Citra Yadim » Lestari dakwah YADIM – PROFIMA

Lestari dakwah YADIM – PROFIMA

PUTRAJAYA – YADIM dan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) sekali lagi bertemu pada 10 Julai untuk berbincang, bertukar fikiran dalam usaha bersama untuk mengadakan inisiatif menyantuni masyarakat.

Ini merupakan mesyuarat susulan bagi memperincikan lagi bentuk program dan kerjasama antara kedua pihak ini.

Antara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat termasuklah program program secara dalam talian dan pendekatan dakwah dan pencerahan menerusi penulisan.

Seterusnya, kedua pihak merancang mengadakan program yang lebih besar selepas ini mengikut kesesuaian di seluruh negara.

Kerjasama dengan Profima ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Iftar Bersama Penggiat Seni pada Ramadan lalu.

Selain PROFIMA, YADIM juga menjalin kerjasama dengan beberapa kagi penggiat seni seperti pengarah dan pelakon terkemuka, Puan Erma Fatima dalam melestari gerakan dakwah menerusi jalur seni.

Hadir ke mesyuarat ini ialah Timbalan Presiden PROFIMA, Misnin Ehsan, Setiausaha Agung, Zaidatul Shima – Setiausaha Agung, Bendahari, Azeem Azarudin, Bendahari, dan Ahli Jawatankuasanya, Yusuf Harun.

YADIM pula diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari dan pegawai pegawai Bahagian Media dan Teknologi Dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *