MELAKA – Program YADIM Sejahtera: Bengkel Teknik Dakwah Mudah dan Efektif Menerusi Kefahaman Asas Akidah telah diadakan di RUTC Klebang Besar, Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Melaka.
Program pada 12 September ini turut dihadiri oleh Pengerusi PERKIM Bachang, Haji Taha Ahmad serta Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail yang telah bersama merasmikan program.
Bengkel ini memberi penekanan terhadap kefahaman asas akidah sebagai salah satu elemen penting dalam menyampaikan dakwah secara mudah dan berkesan kepada masyarakat, di samping memperkukuh kemahiran peserta dalam menggunakan pendekatan dakwah yang berhikmah dan praktikal.
Kerjasama antara YADIM bersama PERKIM Melaka diharap dapat terus diperkukuh dalam memperkasa usaha dakwah serta meningkatkan keupayaan dalam menyantuni masyarakat menerusi pendekatan yang berkesan, berhikmah dan bersesuaian dengan keperluan semasa.



KOMEN