Home » Citra Yadim » Berhijab tingkatkan takwa kepada Allah

Berhijab tingkatkan takwa kepada Allah

KUALA LUMPUR 30 Mei – Wanita Islam perlu tegas dalam berpakai­an mengikut syariat biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan per­sepsi daripada pelbagai pihak ter­masuk daripada mereka yang memandang rendah kepada wa­nita bertudung.

Pakar motivasi yang juga Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof. Dr. Muhaya Mohamad berkata, wanita Islam perlu menyedari bahawa berhijab adalah satu elemen penting kepada seseorang muslimah. .

“Pemakaian tudung akan menerbitkan rasa kehambaan kepada pemakainya sekali gus meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

“Tiada halangan untuk wanita Islam yang berhijab untuk berfe­syen dalam berpakaian asalkan me­reka menutup aurat dan mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh syarak. Walau bagaimanapun, niat untuk berhijab adalah perlu didorong oleh rasa kehambaan kepada Allah SWT bukan semata-mata mahu mengikut trend berfesyen,” katanya dalam program Usrah Mega di Pusat Daga­ngan Dunia Putra semalam.

Program Usrah Mega adalah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diadakan bersempena Kuala Lumpur International Hijab Fair 2015 bermula  28 Mei hingga 31 Mei.

Turut hadir, Yang Dipertua Yadim, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Heliza Helmi, Ikon Dakwah Yadim. Antara topik yang dikupas sepanjang tiga hari Usrah Mega diadakan termasuk persoalan mengenai aurat, cara berpakaian wanita Muslim, keperibadian wanita dan perniagaan dalam Islam.

Kredit kepada https://sariminsorno-sarimin.blogspot.com

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *