Home » Langit Terbuka » Beri peluang pada Waytha Moorthy

Beri peluang pada Waytha Moorthy

Perdana Menteri menegaskan, petisyen yang menggesa menteri tersebut meletak jawatan bukan satu keperluan dan arahan daripada beliau

KUALA LUMPUR  – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.

Malah Perdana Menteri menegaskan, petisyen yang menggesa menteri tersebut meletak jawatan bukan satu keperluan dan arahan daripada beliau.

“Rakyat boleh buat petisyen tetapi petisyen bukan penentu arahan untuk sesiapa meletak jawatan. Masa itu beliau (Waytha Moorthy) amat kecewa dan buat kenyataan dengan cuba tunjuk pada orang asing bahawa Malaysia tiada keadilan.

“Beliau (Waytha Moorty) kini tidak pegang apa lagi yang dikatakan dahulu. Dulu orang panggil saya mahazalim, tapi kini mahazalim jadi pemimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini.-Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *