Home » Langit Terbuka » Empat negeri masih tiada enakmen kawalan pengembangan agama lain

Empat negeri masih tiada enakmen kawalan pengembangan agama lain

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak meratifikasi ICERD, maka semua kebimbangan tidak terpakai lagi seperti kedudukan Melayu-Islam dan Raja-raja Melayu - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat buah negeri masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain kepada orang Islam, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff berkata, negeri-negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya,hal itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu apa sahaja doktrin dan fahaman lain, ia tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam.

“Perkara itu bersesuaian dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi, saya berpegang kepada apa yang ada dalam peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) sewaktu menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Noh bangkit bertanyakan mengenai negeri-negeri yang masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain terhadap orang Islam. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *