Home » Citra Yadim » Berjiwa besar maafkan pembunuh….
a

Berjiwa besar maafkan pembunuh….

JOHOR BAHRU – Anak harapan keluarga maut akibat didera.

Tidak tergambar kejutan dan kesedihan yang dialami.

Pasti amat sukar menerima hakikat ini. Dan lebih sukar lagi memaafkan mereka yang mengakibatkan kematian anak kesayangan.

Namun, memilih untuk berjiwa besar, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang maut didera oleh rakan sekuliah, telah memaafkan kesemua yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Ambil tahu keadaan anak setiap hari, saya dahulu cuma telefon anak saya, sekarang sudah boleh panggilan video, baru kita dapat tahu keadaan sebenar,” ujar Zulkarnain Idros.

Tenang dan bersahaja, Zulkarnain dan isterinya, Hawa Osman menyambut mesra kedatangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke kediamannya di sini pada 12 November.

Mewakili YADIM ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah.

YADIM menyampaikan sumbangan wang tunai RM2,000 dan buku buku terbitannya dalam kunjungan ini.

Bercakap kepada pemberita, Tuan Kamarul berkata, keluarga Allahyarham Zulfarhan telah menunjukkan sifat terpuji seperti dikehendaki Islam dengan bersabar dan memaafkan mereka yang melakukan kesalahan.

“Sifat memaafkan itu amat dituntut oleh Islam, dan dipraktikkan sebaiknya oleh bapa Zulfarhan,” jelasnya.

Kunjungan YADIM hari ini juga disertai oleh Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia cawangan Johor, Dr Mazri Yahya.

Insiden yang menimpa Zulfarhan Osman Zulkarnain mengejutkan negara apabila pemuda ini maut didera gara gara dituduh mencuri komputer di UPNM pada 2017.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *