Home » Citra Yadim » Bersama warga tahfiz sempena program Bulan Dakwah 2.0

Bersama warga tahfiz sempena program Bulan Dakwah 2.0

KULIM – Bertempat di Dewan Selawat Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni tiga pusat warga tahfiz di sini pada 10 Disember.

Menerusi program Peduli Remaja dan Musa’adah Covid-19, seramai 40 pelajar dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Maahad Tahfiz Darul Ansar dan Maahad Tafaqquh Fiddin, menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pencerus Ummah Azraie sebelum penyampaian sumbangan disampaikan.

Di ambang pandemik yang masih melanda, ramai rakyat hilang pekerjaan.

Tiada siapa boleh menjangka bila ianya akan berakhir. Sedangkan yang bekerja boleh kehilangan pekerjaan, bagaimana pula institusi dan warga tahfiz. Sudah tentu mereka lebih terjejas.

Turut bersama dalam program ink ialah Mudir Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Ustaz Nazim Syafie.

Program ini ialah sebahagian pengisian program Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *