Home » Langit Terbuka » Bertudung singkat, Wany Hasrita akui khilaf

Bertudung singkat, Wany Hasrita akui khilaf

Wany Hasrita mengakui terkhilaf mengenakan tudung singkat. Foto : media hiburan

KUALA LUMPUR – Wany Hasrita mengakui khilaf berikutan tudung singkat yang digayakannya menerusi sebuah sesi fotografi iklan sehingga menampakkan bahagian dada menjadi bualan peminat.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata, dia berjanji untuk lebih sensitif dan peka terhadap penampilan dirinya pada masa akan datang.

“Saya mohon maaf jika gambar tersebut telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Dosa tetap dosa dan saya akui itu kesilapan saya sendiri. Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Penyanyi lagu Rintihan Rindu itu diminta untuk mengulas mengenai beberapa komen peminat yang mengatakan Wany telah berubah semenjak popular.

Ada juga yang meminta supaya Wany mengenakan tudung seperti dahulu kerana mereka meminati Wany kerana pakaiannya yang tidak terdedah dan sentiasa menutup aurat dengan sempurna.

Diminta mengulas mengenai komen yang ditinggalkan peminat, Wany berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa memandangkan setiap orang berhak untuk memberikan pandangan.

“Saya terbuka menerima kritikan tetapi biarlah kritikan itu ditulis dengan penuh adab,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan sebuah album mini tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga akan melancarkan produk makanan kesihatan, Jellyta by Wany Hasrita dan koleksi baju raya Rindu by Wany Hasrita dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *