Home » Citra Yadim » Betul betul street dakwah!

Betul betul street dakwah!

POKOK SENA – Turun padang, edar risalah, temubual dan adakan penerangan tentang bahaya arak dan judi.

Ada kemungkinan kena maki, orang ramai cabut lari, atau tiada sambutan dalam penerangan yang cuba diberi.

Tapi inilah cabaran sebenar dalam dunia dakwah. Inilah juga yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dalm program street dakwah mereka pada 25 November di Pasaraya Econsave Pokok Sena di sini.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria bersama 10 orang Sukarelawan YADIM Pokok Sena dan rakan strategik, Skuad Prihatin Kedah turun padang melaksanakan program ini.

Antara yang terlibat ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hamadah Mohd Shauqi, Pengerusi Skuad Prihatin Kedah,  Ustaz Maazallah Mohamad, Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Muhammad Saufi Abd Rahman dan Pegawai Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Wan Amirul Asyraf Wan Kamaruzzaman.

Mereka yang ditemui termasuklah pengunjung bukan Muslim ke pasaraya berkenaan.

Rata rata pengunjung yang ditemui menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan negeri Kedah yang tidak akan mengeluarkan lesen premis baru untuk judi dan menghadkan penjualan arak.

Street dakwah ini merupakan sebahagian pengisian program Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *