Rilex with YADIM bersama selebriti

ARAU – Program melibatkan selebriti tidak dinafikan memberi kesan lebih baik kepada masyarakat ekoran pengaruh dimiliki mereka.

Mengambil faedah atas kelebihan itu, seramai 60 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau di sini menerima sesi motivasi melibatkan beberapa selebriti bagi membina keyakinan diri mereka pada 26 November.

Program Kembara Dakwah Bersama Selebriti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis itu diadakan di Dewan Utama Rumah Kanak Kanak Arau dengan kehadiran selebriti seperti Khairul Azwan Arba (selebriti penyiaran),Safwan Adenan (selebriti usahawan muda) dan Shahrul Shafiqq Mohd Salleh (selebriti media).

Selain berkongsi perjalanan mereka bagaimana bermula hingga berjaya pada masa kini, turut disentuh dalam sesi berkenaan ialah panduan masa hadapan serta pengisian daripada aspek kerohanian.

Hadir ke majlis ini ialah Pengetua Rumah Kanak Kanak Arau, Rohaida Ismail, Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain dan Pengerusi Sekretariat Sukarelawan Selebriti YADIM, Muzaffar Abd Rahim.

YADIM baru baru ini juga melibatkan selebriti dalam usaha dakwahnya di program anjurannya di Tanjung Dahan, Melaka dan Ampangan, Negeri Sembilan.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *