Home » Citra Yadim » Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.

Bicara Belia Sejahtera YADIM Terengganu di IKBN Kemasik.

KEMAMAN – Meskipun baharu pertama kali bekerjasama, program Bicara Belia Sejahtera anjuran YADIM Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di sini mendapat sambutan amat baik.

Program pada 26 September itu disertai 200 pelajar, termasuk yang bukan Islam.

Para pelajar memenuhi Dewan Sri Suria, lokasi program diadakan di IKBN tersebut sebelum jam 8.30 malam lagi.

Berkonsepkan forum, ia menampilkan panel jemputan Pensyarah UiTM Terengganu Kampus Dungun, Ustaz Haji Wan Anuar Wan Mamat, manakala moderator pula ialah Pengarah YADIM Negeri Terengganu sendiri, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah berkata, beliau berharap kerjasama dengan YADIM akan berpanjangan selepas ini kerana ia membuka peluang pelajarnya terlibat dengan pelbagai pengisian khususnya pembangunan jati diri.

Program ini juga merupakan platform menarik minat belia untuk menyertai SukarelawanYADIM.

Ucapan perasmian program ini disempurnakan oleh Ustaz Nasrul Hadi.

Hadir sama dalam program ini adalah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik, Encik Mohd Hafeez Hussien.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *