Home » Citra Yadim » Motivasi bersama pelajar Pondok Sungai Durian

Motivasi bersama pelajar Pondok Sungai Durian

KUALA KRAI – Seramai 280 orang pelajar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian di sini telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Pelajar pada 28 September.

Pengisian yang menekankan aspek peranan remaja dalam menyebarkan ajaran Islam kepada umat telah disampaikan oleh pakar motivasi dari Protazz Legacy Ustaz Muhammad Syakirin Bin Yuslan.

Beliau juga turut berkongsi kaedah pembelajaran yang lebih fokus dan kepentingan mempunyai wawasan bagi masa depan.

Antara lain yang disentuh ialah tujuan manusia dijadikan supaya peserta jelas matlamat hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian merangkap Ikon Dakwah Yadim, Dato Dr Abdul Basit Bin Abdul Rahman.

Turut hadir Mudir Pondok Sungai Durian, Dr Bunyamin Bin Abdul Rahman dan Ketua Sukarelawan YADIM Kuala Krai, Tuan Haji Mohd Fauzi Husin. Mewakili Yadim Negeri Kelantan ialah Penolong Pengarahnya, Aidi Kussuma bin Mamat.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *