Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah dan YADIM Peduli di Kampung Tebuk Jawa.

Bicara Dakwah dan YADIM Peduli di Kampung Tebuk Jawa.

SABAK BERNAM – Kampung Tebuk Jawa di sini telah menjadi lokasi seterusnya proram Bicara Dakwah dan YADIM Peduli, anjuran Bahagian Penyelarasan NGO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Bertempat di perkarangan Masjid Islahiah di kampung berkenaan pada 12 Mac, hampir 200 peserta menghadiri program selama sehari itu.

YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Norisham Hamzah dan Penolong Pengarah Penyelarasan NGO, Salasiah Mohammed Arshad selaku penyelaras program ini, serta kakitangan bahagian tersebut.

Antara tetamu yang hadir termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Rizam Ismail dan Nazir Masjid Islahiah Kampung Tebuk Jawa, Ustaz Khatimul Ahson Yusof.

Acara dimulakan dengan sesi Bicara Dakwah pertama bertajuk ‘Konsep Rahmah Dalam Masyarakat Majmuk’ oleh Ustaz Mohd Fazli Mohd Royani.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi kedua yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faezal Husni Arshad dengan tajuk ‘Keluarga Rahmah Makmur Bersama’. Rizam kemudiannya menyempurnakan perasmian majlis ini yang disifatkannya cukup baik bagi menyantuni penduduk yang memerlukan. Beliau pada masa yang sama berharap acara seperti ini dapat diteruskan oleh YADIM.

Seramai 28 keluarga asnaf terpilih juga menerima sumbangan di Masjid Islamiah selepas program Bicara Dakwah.

Turut diadakan ialah pameran hasil keluaran kampung, pemeriksaan kesihatan oleh Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI serta program Talk To Us dengan Balai Polis Sungai Air Tawar.

Pada sebelah petang pula, kakitangan YADIM bersama ahi jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Tebuk Jawa telah melakukan ziarah rahmah ke 12 buah kediaman warga emas dan penduduk yang uzur di sekitar kampung berkenaan.

Mereka yang disantuni menerima barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Antara yang turut disantuni ialah Puan Hajah Patonah Haji Nor berusia 105 tahun, seorang warga emas di sini.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *