Home » Langit Terbuka » Jakim tangguh majlis tilawah al-Quran antarabangsa

Jakim tangguh majlis tilawah al-Quran antarabangsa

Penangguhan Tilawah AL Quran Antarabangsa ini susulan keputusan kerajaan supaya semua perhimpunan, termasuk acara melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19. - Foto Sinar Harian

PETALING JAYA: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 April ditangguhkan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim Paimuzi Yahya berkata, MTHQA yang dijadual diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Tindakan ini susulan keputusan kerajaan supaya semua perhimpunan, termasuk acara melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MTHQA yang sebelum ini dikendalikan Jakim merupakan acara tahunan negara sejak 61 tahun yang lalu. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *