Home » YADIM MADANI » Bicara Dakwah Madani Bawa Tajuk Penyakit Rohani

Bicara Dakwah Madani Bawa Tajuk Penyakit Rohani

MARANG – Penyakit rohani yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada akhlak, pemikiran dan kehidupan seharian.

Justeru, kefahaman mengenai cara mengenali dan merawat penyakit hati perlu diberikan perhatian agar pembentukan diri sentiasa berpandukan iman dan nilai Islam baru-baru ini.

Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Terengganu menerusi Bicara Dakwah MADANI Siri 6 membawa pengisian bertajuk “Terapi Penyakit Rohani” kepada anggota Unit 6 Pasukan Polis Simpanan (FRU), Polis Diraja Malaysia di Dewan Tunku Abdul Rahman, Marang.

Program ini menampilkan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ahmad Daud Ishak yang mengupas kaedah merawat penyakit hati melalui taubat, zikir, al-Quran, melawan hawa nafsu, bersahabat dengan golongan soleh serta bermuraqabah kepada Allah SWT.

Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta melihat aspek kerohanian bukan sekadar sebagai pengisian ilmu, tetapi sebagai sebahagian daripada usaha membentuk hati yang sejahtera, jiwa yang tenang dan akhlak yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

Hadir sama Pembantu Hal Ehwal Islam 1, Encik Mohd Nizam Zakaria.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *