Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah, Ziarah Prihatin Orang Asli Gua Musang

Bicara Dakwah, Ziarah Prihatin Orang Asli Gua Musang

GUA MUSANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 14 dan 15 Ogos telah melaksanakan program Bicara dakwah dan Ziarah Prihatin kepada masyarakat Orang Asli di daerah ini.

Selain tanggungjawab berdakwah, ia juga adalah untuk mengeratkan hubungan dengan kelompok tersebut bagi memastikan mereka tidak rasa terpinggir.

Program bersama Orang Asli bermula di Kampung Poh di sini pada jam 10 pagi 15 Ogos. Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat telah menyampaikan bantuan sebanyak 20 set sumbangan mengandungi keperluan makanan kepada penduduk di perkampungan ini.

YADIM Kelantan kemudiannya meneruskan program di Kampung Kerbok di mana sebanyak 30 keluarga pula menerima sumbangan barangan makanan.

Masyarakat Orang Asli yang ditemui mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan berharap agar ziarah ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program ini turut disertai oleh dua kakitangan Penggerak Masyarakat Orang Asli daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mutafa Kamal Abdullah dan Nur Amalina Ismail.

Terdahulu pada 14 Ogos, program Bicara Dakwah telah diadakan di Surau Ar-Raudhah, Bandar Baru di sini. Program dimulakan degan kuliah agama oleh penceramah bebas, Amir Ghani.

Aidi kemudiannya menyampaikan 10 set sumbangan kepada asnaf yanag dikenal pasti bagi meringankan beban mereka.
Hadir sama ialah Pengerusi Surau Ustaz Asrul Muzamil@Aminuddin Ismail.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *