Home » Citra Yadim » YADIM bakal anjur Program Ikon Cilik Yadim (ICY)

YADIM bakal anjur Program Ikon Cilik Yadim (ICY)

JOHOR BHARU – Sektor Latihan dan Perkaderan menerusi penyelarasan Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) bakal menganjurkan program Ikon Cilik YADIM (ICY) yang menyasarkan peserta kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun.

Program ini bertujuan melahirkan pelapis rakan dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di peringkat sekolah rendah, yang selanjutnya dipupuk dan dilatih menjadi Rakan Remaja YADIM di peringkat menengah.

Ia juga bertujuan menjadikannya sebagai platform untuk mempamerkan bakat dan kemahiran para peserta.
Program ini berkonsepkan kaedah uji bakat, kem latihan dan kursus bermodul dan diakhiri di pentas akhir yang akan disiarkan secara langsung. Fasa pertama uji bakat bermula di Wilayah Persekutuan, diikuti Sarawak, Johor dan Terengganu.

Untuk itu, Unit Sekolah KEMUDA telah mengambil inisiatif mengadakan siri taklimat pelaksanaan di Pejabat YADIM Negeri Johor baru baru ini bersama wakil rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk meneliti kaedah pelaksanaan yang berkesan.

Badan dakwah ini diwakili Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan Kapten (B), Shamsudin Moner, Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah, Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat serta pasukannya. Manakala Jabatan Pendidikan Negeri Johor diwakili Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Zaiemi Mohamad.

Kemudian pada 13 Ogos, Unit Sekolah KEMUDA telah meneruskan inisiatif siri taklimat pelaksanaan kepada koordinator Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pejabat YADIM Negeri Sarawak bersama wakil rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk meneliti kaedah pelaksanaan yang berkesan.

Ibu bapa yang berminat, boleh menghantar penyertaan melalui borang atas talian yang akan dimaklumkan di laman sesawang rasmi YADIM di www.yadim.com.my atau kunjungi facebook YADIM untuk butiran lanjut selepas ini.

Ikon Cilik YADIM, pencetus inspirasi ummah

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *