Home » Citra Yadim » Bicara Madani bersama Guru-Guru Daerah Kota Bharu

Bicara Madani bersama Guru-Guru Daerah Kota Bharu

SIRI Penerangan berkaitan konsep Malaysia Madani diteruskan oleh YADIM Kelantan pada 29 Oktober.
Selesai program Bicara Madani bersama Guru-Guru Daerah Kota Bharu di sebelah pagi, sesi penerangan diteruskan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelatih perguruan telah menyertai program ini.
Ceramah bertajuk “Madani Teras Professionalisme Keguruan” telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Turut hadir Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Puan Azlina Ahmad, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang dan Pengarah YADIM Terengganu Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *