Home » Citra Yadim » Bicara Ramadan dan Sambutan Hari Ibu YADIM Perlis

Bicara Ramadan dan Sambutan Hari Ibu YADIM Perlis

ARAU – Bertempat di Masjid Negeri di bandar ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah menganjurkan program Bicara
Ramadan dan Sambutan Hari Ibu pada 2 Mei.

Program telah disempurnakan oleh
Exco Pembanguanan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Perlis, Yang Berhormat Siti Berenee Yahaya.

Program dimulakan dengan dengan solat sunat Dhuha berjemaah sebelum Ceramah Ramadhan bertajuk  ‘Memburu Lailatul Qadar’ disampaikan oleh Ustazah Nor Asma Abdullah, penceramah RTM Kangar.

Selepas itu, diadakan pula tazkirah kekeluargaan.

Selesai tazkirah, sesi sumbangan kepada ibu tunggal kemudiannya diadakan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Siti Berenee.

Dalam pada itu, Tokoh Ibu Mithali untuk negeri Perlis kali ini dimenangi oleh Datin Sarah Rejab, 75 tahun.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Perlis,Hafsah Hussain.

Hadir sama ialah pengerusi masjid negeri Perlis, Ustaz Sirajudin Mohd Satar Al-Hafiz.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *