Home » Citra Yadim » Kasih Ramadan YADIM Terengganu di Felda Chalok Barat

Kasih Ramadan YADIM Terengganu di Felda Chalok Barat

SETIU – Memasuki 10 hari terakhir Ramadan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu terus giat memacu program program menyantuni rakyat.

Terbaharu pada 2 Mei, mereka menganjurkan program Kasih Ramadan di Felda Chalok Barat di sini yang penuh dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Program bermula dengan sesi Master Chef: Kuih Raya Datang Lagi bersama Chef Farah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita Terengganu, Yang Berhormat Zuraida Md Noor.

Ia diikuti dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh.

Program ini kemudiannya dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu,  Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain Abd Kadir.

Selesai acara perasmian, Yang Berhormat Zuraida kemudiannya menyertai YADIM mengadakan ziarah kepada 20 asnaf memerlukan di sekitar Felda Chalok Barat.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *