Home » Citra Yadim » Bicara Santai Ahli RSY di kampus bersama KPE YADIM

Bicara Santai Ahli RSY di kampus bersama KPE YADIM

KUALA LUMPUR – Pada 16 April (Khamis) jam 9 malam, telah diadakan sesi Bicara Santai Ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) di kampus bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuann Kamarul Arief Tuan Soh menggunakan aplikasi Google Meet.

Sesi diadakan melibatkan wakil RSY yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing dalam negara serta wakil RSY di Mesir dan Jordan.

Agenda bual bicara menyentuh berkenaan krisis Covid- 19 dan pesanan daripada Tuan Kamarul kepada ahli RSY dalam menghadapi ujian ini.

Menurut Tuan Kamarul, ahli ahli RSY seharusnya menjadikan ujian PKP Covid-19 ini sebagai peluang untuk membina ‘survival’ diri.

Tambahnya,  mahasiswa perlu mengambil peluang ini untuk meneroka kelebihan diri masing-masing dengan mencuba sesuatu yang baharu.

“Mahasiswa juga dinasihatkan untuk merakam sejarah ini dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti penulisan artikal atau cerpen, rakaman video atau ulasan berbentuk akademik dan sebagainya berkaitan isu covid-19 ini,” kata beliau.

Sesi bicara ini juga membuka peluang kepada mahasiswa yang terlibat melaporkan keadaan mereka di kampus dan kekangan yang mereka hadapi sepanjang PKP ini.

Wakil wakil RSY juga menzahirkan rasa terima kasih kepada YADIM atas bantuan yang telah disalurkan kepada mereka menerusi program Musa’adah Covid-19 sebelum ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *