Home » Langit Terbuka » Britain digesa iktiraf Palestin negara berdaulat

Britain digesa iktiraf Palestin negara berdaulat

Menerusi Shtayyeh (gambar), Palestin mahu Tebing Barat sebagai sebahagian daripada masa depan negara yang bebas dengan Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya. - Foto TRT World

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Parlimen Britain mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu penting memandangkan cubaan rejim pengganas Israel untuk menguburkan bahagian Tebing Barat yang diduduki.

Mohammad juga menggesa Britain menghantar pasukan teknikal untuk menyiasat potongan cukai melampau yang dikenakan Israel ke atas Palestin.

Pada Oktober 2014, Parlimen British sebulat suara mengundi memihak kepada kerajaan untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara.

Britain tidak menetapkan Palestin sebagai negara, tetapi menegaskan ia boleh berbuat demikian pada bila-bila masa jika proses rundingan yang lama dihentikan antara Palestin-Israel diteruskan semula.

Pusingan terakhir rundingan Israel-Palestin terkandas pada 2014, berikutan ketamakan Israel memperluaskan pembinaan rumah haram Yahudi di wilayah itu.

Palestin mahu Tebing Barat sebagai sebahagian daripada masa depan negara yang bebas dengan Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.- PressTV

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *