Home » Citra Yadim » BSN adakan sesi perkongsian perbankan Islam untuk pelatih ADMY

BSN adakan sesi perkongsian perbankan Islam untuk pelatih ADMY

SEMUNGKIS – Bank  Simpanan Nasional (BSN) selaku antara penaja utama Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 pada 8 September, telah mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan sistem perbankan Islam di negara ini.

Sesi selama lebih sejam di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat itu merupakan sebahagian pengisian latihan untuk pelatih ADMY, bagi memberikan mereka kefahaman mengenai ilmu kewangan Islam dan isu isu semasa berkaitannya.

Pengisian telah disampaikan oleh Ketua Perbankan Islam BSN Encik Anuar Elias dan Pengurus Pematuhan Syariah, Encik Izzuddin Abdussalam Hamid.

Selain sejarah dan isu semasa kewangan Islam, turut diterangkan ialah produk produk ditawarkan BSN seperti Sijil Simpanan Premium.

YADIM berbesar hati atas kesudian BSN meluangkan masa dan memberi komitmen dalam menjayakan Program Akademi Daie Muda YADIM tahun ini.

YADIM juga mempelawa orang ramai dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menyumbang bagi menjayakan program melahirkan pendakwah muda ini serta lain-lain inisiatif melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *