Home » Citra Yadim » BKB sumbang 90 Bakul Madani di Flat Kasturi, Sri Sabah,

BKB sumbang 90 Bakul Madani di Flat Kasturi, Sri Sabah,

KUALA LUMPUR – Kebajikan komuniti di negara ini tidak pernah dilupakan YADIM, kerana sentiasa mengingati mereka yang memerlukan itu juga satu bentuk dakwah dan ibadah.

Sesuai dengan itu, Bahagian Khidmat Bakti (BKB) YADIM pada 9 September telah menyantuni seramai 90 keluarga di Flat Kasturi dan Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur dengan sumbangan Bakul Madani.

Setiap mereka menerima barangan keperluan harian seperti beras, tepung, kicap, sos, biskut, teh, sardin, susu pekat dan gula.

Sumbangan barangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.

Selain barangan keperluan harian, turut diselitkan ialah pengisian kerohanian sempena Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia oleh Daie Komuniti YADIM, Zulafkar Al- Husna Yusof.

Terlibat sama menjayakan program ini ialah seramai 12 orang anggota Sukarelawan YADIM Bandar Tun Razak, diketuai Pengerusinya, Mior Ahmad Nasarudin Mior Hussin.

Syabas BKB dan SAY Bandar Tun Razak, semoga apa yang dilaksanakan memberi manfaat untuk semua yang terlibat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *