Home » Langit Terbuka » Bukan 2020, tapi mungkin 2025 Malaysia jadi negara maju, kata Dr M

Bukan 2020, tapi mungkin 2025 Malaysia jadi negara maju, kata Dr M

Mungkin Malaysia tidak boleh mencapai status negara maju menjelang 2020 tetapi pada 2025, namun dengan bantuan ramai, ia boleh dicapai lebih awal, jelas Perdana Menteri.

BEIJING – Malaysia masih boleh menjadi negara maju namun ia mungkin mengambil masa lebih lama berbanding sasaran asal pada tahun 2020.

“Mungkin kita tidak boleh capai menjelang 2020 tetapi mungkin kemudian pada 2025… namun dengan bantuan anda semua kita boleh capai lebih awal,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia, di sini.

Dr Mahathir yang pada hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi 5 hari ke negara ini, berkata beliau memperkenalkan dasar-dasar untuk Malaysia mencapai sasaran itu namun kesemuanya diubah selepas beliau bersara.

Beliau berkata kerajaan baru sedang berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul.

Dr Mahathir berkata kerajaan baru juga akan berusaha memenuhi janjinya kepada rakyat.

“Kalau tak berjaya hari ini, kita akan berusaha tunaikan janji hingga tercapai,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diberi sambutan mesra oleh rakyat Malaysia di negara ini sebaik sahaja tiba pada majlis itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

Dr Mahathir turut menerima sumbangan daripada syarikat Malaysia di China untuk Tabung Harapan. – FMT

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *