Home » Langit Terbuka » Ribut Arafah: Semua jemaah Malaysia selamat

Ribut Arafah: Semua jemaah Malaysia selamat

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia

KUALA LUMPUR – Semua jemaah haji Malaysia di Arafah dalam keadaan selamat selepas ribut melanda kawasan itu lewat petang semalam.

Malah, tiada kecederaan dilaporkan berlaku. Lembaga Tabung Haji berkata, ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8 malam waktu Arab Saudi.

“Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” menurut Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia menambah, pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

Bekalan eletrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Tambahnya, waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *